Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 7/19

2024-09-07
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mana-mana Guru yang datang, sesiapa yang berbuat baik, akan difitnah. Anda tak tahu berapa banyak saya telah difitnah selama ini, secara peribadi atau secara terbuka. Tetapi Guru dah tahu – perlu menahannya. Belum kata lagi peringkat Guru atau apa-apa.

Contohnya, dalam agama Buddha, baru-baru ini pun, jika seseorang suka akan seorang biksu terutama kerana dia menunjukkan di luar sesuatu jenis prinsip, maka mereka mula tak suka akan biksu lain yang lebih biasa – hanya membuat kerja biasa dan menjadi biksu biasa, tidak kuat menekankan atau menunjukkan kesucian atau pegangan prinsipnya, contohnya. Maka dua kumpulan pengikut akan ada masalah sesama mereka, malah berlaku keganasan, pergi ke kawasan tokong yang lain, kawasan lain dan memukul biksu, malah biksuni tua hanya kerana mereka menyuarakan pendapat tentang biksu lain yang mereka ikut.

Setiap orang ikut seseorang yang lain! Meskipun biksu itu mungkin pada zahirnya kelihatan suci, namun mana tahu ada apa dlm hatinya, apa motif dan niatnya, dan berapa banyak pengetahuan, kebijaksanaan yang dia ada – berapa banyak makrifat sudah diperolehnya. Mungkin tiada apa-apa pun, hanya di luar saja. Mungkin biksuni dan biksu lain yang mengkritik kononnya biksu ‘suci’ ini malah suci! Itu cuma cara mereka perlu buat kerja mereka. Jadi mereka (pengikut) tak harus memukul orang sebelah kepercayaan yang lain dan membelahbahagikan agama Buddha, buatnya jadi lemah. Kemudian tidak pergi ke tokong mereka pun dan pergi mengejar kononnya biksu ‘suci’ yang lain – anda boleh, boleh buat begitu tetapi anda tak boleh meninggalkan guru sebelumnya.

Dia buat apa yang boleh. Dia mengorbankan hidupnya. Dia tiada keluarga, isteri dan anak sebagaimana anda nikmati hidup anda. Dia makan dengan lebih sederhana. Dia hanya memakai pakaian sederhana, hanya ada beberapa helai pakaian dan tinggal di tempat yang sederhana – di tokong pun, bilik yang kecil atau sesuatu. Dia telah ‘buang’ hidupnya, segala keseronokan di sekelilingnya untuk menjadi biksu. Mungkin dia bukan biksu yg cemerlang tapi sekurang-kurangnya dengan dia, anda belajar untuk ingat akan ajaran Buddha. Dia mengajar anda apa yang boleh. Jika anda rasa dia tak cukup baik, anda boleh cari biksu atau guru lain, dah tentu, tetapi jangan kembali dan baling batu, tomato pada guru lama kerana dia tahu kurang atau tidak menunjukkan disiplin yg mencukupi mengikut kesukaan anda! Itu ialah keganasan terhadap ajaran Buddha. Buddha takkan mahu mana-mana pengikut-Nya pergi memukul pengikut lain.

Kerana anda juga orang biasa saja. Anda tak tahu biksu mana adalah suci, biksu mana memang tidak. Kadangkala sesetengah biksu berniat baik dalam hati tetapi mungkin keluarkan kata-kata yang salah dlm kehangatan percakapan. Mungkin tiada khutbah terancang, tiada telepandu seperti yang sesetengah orang kaya ada. Saya tiada buat masa ini. Pada suatu ketika saya adanya, beberapa kali, tetapi perkara yang saya katakan kadangkala terkeluar dari skrip. Saya tak suka menyediakan skrip kecuali untuk… Tidak, saya tidak lakukannya. Hanya beberapa kali mereka sediakannya. Saya tidak lakukannya. Saya cakap saja. Seperti sekrg, saya cakap dlm kegelapan dengan bersahaja, apa-apa saja yg datang kerana ia datang dari hati saya, dari jiwa saya, daripada kasih sayang besar saya kpd anda semua meskipun anda tidak kenali saya. Banyak orang tidak kenali saya dan saya tidak kenali banyak orang – secara fizikal tidak. Tetapi saya kenali semua roh anda. Saya tahu anda sukai kegembiraan. Saya tahu anda nak pulang ke Rumah meskipun fikiran menghalang, memperdaya anda. Maya dunia ini yang memerintah planet ini pun cuba bersungguh-sungguh utk pisahkan anda dari Rumah asal anda, dari niat dan aspirasi mulia asal anda. Cubalah kembali semula. Cari masa dalam sehari untuk mengingati impian asal anda dan sebabnya anda datang ke sini serta minta Tuhan membimbing anda kepada guru spiritual. Jika anda tak dapat sendiri mendapat tahu mintalah Tuhan dgn sungguh-sungguh, ikhlas, terdesak supaya bawa seorang guru spiritual kepada anda.

Sekarang kita kembali ke medan perang biksu. Banyak agama melawan agama lain, dan dalam agama, kadangkala mereka saling melawan. Pada zaman Buddha juga, sepupunya, seorang anak murid juga, malah saudara ipar, menentang Baginda, malah nak membunuh Baginda. Dia hebahkan kepada orang lain bahawa dia ‘lebih berdisiplin’ daripada Buddha, lebih bersifat zahid dan sebagainya. Bodohnya!

Sesetengah orang akan makan tiga, empat hidangan sehari tetapi masih bermakrifat. Sesetengah orang tak makan apa-apa pun tetapi tidak bermakrifat. Seperti Buddha, ketika hanya makan tiga, empat biji bijan sehari dan minum sedikit air saja, Baginda tak bermakrifat pada masa itu sehingga sedar bahawa itu tak betul, kemudian berpatah balik, hidup normal mengikut jalan tengah – jadi makan sehari sekali tetapi amalkan cara yang berbeza – kemudian menjadi bermakrifat.

Tetapi Buddha telah pelajari banyak perkara pada waktu amalkan amalan zahid dan selepas itu juga. Baginda ada banyak masa. Baginda berseorangan dan pelajari banyak perkara. Terdapat kaedah untuk pelajari cara membaca hayat lampau kita, kaedah untuk pelajari cara membaca fikiran orang lain. Terdapat kaedah untuk pelajari cara berjalan di atas air. Terdapat kaedah untuk pelajari cara terbang di udara. Buddha telah menguasai sesetengah daripada itu – terbang di udara. Jadi kadangkala jika terlalu lama dan terlalu menyusahkan, Baginda terbang bersama dengan anak murid-Nya ke rumah orang yang jemput untuk makan tengah hari. Ini ada direkodkan dalam kitab. Jika anda tak percaya, lihatlah. Baginda berkebolehan untuk baca fikiran orang dan kembali ke hayat lampau diri-Nya dan orang lain juga. Baginda dpt buat banyak perkara yg lain kerana telah mempelajari semua itu sebelum menjadi bermakrifat dan juga sesetengahnya selepas makrifat. Sesetengahnya juga datang secara natural bersama makrifat, seperti kita dapat dengar dari jauh, dapat lihat dari jauh.

Hari ini, sesetengah orang masih ada kuasa ajaib itu. Mereka juga dapat hilang lenyap. Mereka dapat terbang di udara – masih dapat lakukannya! Sesetengah orang lakukannya terang-terangan. Biasanya mereka tidak tunjukkan. Cuma kadangkala mereka lakukannya dan secara kebetulan orang lain nampak dan ambil gambarnya. Hari ini, kita dapat ambil gambar. Kita dapat simpan apa-apa saja. Kita dapat tunjukkan apa-apa saja kerana ada teknologi tinggi. Tapi sekurang-kurangnya beberapa ratus orang masih mengamalkan segala jenis kuasa ajaib yang baik seperti itu untuk kemudahan diri sendiri. Mereka juga tak perlu makan apa-apa lagi. Tetapi tak banyak yang dapat kita temui. Mereka bersembunyi. Buddha telah tinggalkan banyak lagi kitab tentang cara mempelajari segala jenis kuasa ajaib ini juga.

Ketika Baginda (Buddha) masih hidup dan banyak orang mengikut Baginda sebagai biksu, mereka juga ada segala jenis kuasa ajaib seperti terbang bersama Baginda, menembusi batu, seumpamanya. Jadi suatu kali, salah seorang biksu yang mengikut Buddha sedang duduk di depan ashram di mana Buddha diami pada masa itu bersama beribu-ribu orang biksu. Dia sedang menampal jiashanya (kāṣāya), pakaian luar biksu. Seorang Raja datang dan ingin melawat Buddha tetapi Baginda tak tahu Buddha di mana. Jadi Baginda tanya biksu yang sedang menampal pakaian ini, “Boleh engkau pergi lihat Buddha berada di mana dan umumkan kepada Buddha bahawa beta datang melawat Baginda?” Jadi biksu itu berjalan menembusi batu dan masuk ke dalam bagi mencari Buddha untuk-Nya. Selepas itu, Buddha berjumpa dengan Raja. Raja berasa sangat kagum dan tanya Buddha, “Siapakah itu?” – biksu yang duduk di luar, menampal jiashanya (kāṣāya), itu nama khas untuk pakaian yang dipakai oleh biksu. Selepas upacara menjadi biksu rasmi, mereka memakai jiasha khas (kāṣāya).

Jadi Buddha berkata, “Ah! Dulu dia seorang pembersih najis, mengikut saya dan menjadi biksu.” Raja berasa sangat malu dan bertaubat kerana apabila orang-orang ini ingin menjadi biksu dan akhirnya menjadi biksu dengan kebenaran Buddha, banyak orang memfitnah mereka, mengetawai mereka, menolak mereka, berkata, “Oh, mereka datang hanya utk makanan, kekayaan dan kemasyhuran!” Tetapi itu tak benar. Dalam masa yang singkat, mereka telah pelajari segalanya daripada Buddha dan masuk ke dalam batu untuk pergi ke sebelah lain batu besar untuk pergi dengan lebih cepat daripada mengikut jalan rasmi. Raja berasa sangat terkejut dan kagum. Macam itulah. Banyak orang yang mengikut Buddha pada masa itu tidak kaya dan terkenal atau apa-apa.

Isteri Mahākāśyapa pun, Mereka tak pernah ada keintiman antara Mereka. Beliau mengikut-Nya untuk menjadi biksuni. Pada permulaannya, oleh sebab Beliau masih baharu, jadi Mahākāśyapa menjaga Beliau. Mahākāśyapa bawa makanan untuk-Nya dan Mereka makan bersama. Kemudian orang lain bergosip dan memfitnah, segala jenis perbuatan. Jadi lepas itu mereka berpisah. Mereka tidak makan bersama lagi. Mereka menjaga diri, seorang diri, misalnya macam itu. Sebagai seorang wanita, dekat dengan biksu dan ada bekas suami yang bawa makanan kepada kita, baik terhadap kita… Ini kerana Mereka adalah baik bersama! Mereka ialah suami isteri tetapi berpisah untuk tujuan mulia. Ini tak bermakna Mereka harus berpisah dan saling menganggap seperti orang yang tak dikenali atau apa-apa kerana dulu Mereka tak pernah buat apa-apa yang salah sesama Mereka dan masih tidak!

Tetapi manusia tetap ialah manusia. Kita sentiasa ada kesusahan. Mereka sentiasa melihat rupa luaran, perbuatan luaran dan tidak melihat ke dalam untuk makrifat atau status orang suci itu. Meskipun mereka mahu, mereka tak dapat kerana kebanyakan manusia sudah kehilangan segalanya. Mereka turun dari Syurga sejak sangat lama dahulu lagi dan semakin kehilangannya. Sekali-sekala, mereka mendapat balik keupayaan diri tetapi ini tak bermakna mereka boleh menjadi bermakrifat dan menjadi makhluk Syurga semula. Jadi penilaian mereka tidak betul. Mata mereka buta walaupun terbuka. Telinga mereka pekak. Walaupun mereka masih dapat dengar kita bercakap, namun mereka tak dengar bunyi sebenar dari alam dalaman, dari alam sebenar. Mereka tak nampak benda sebenar dari dalam. Di dalam diri mereka, mereka ada alam sebenar, seluruh Alam Semesta tetapi tak nampak apa-apa pun, tak dengar apa-apa pun.

Photo Caption: Asal yang Rendah Tetap Boleh Berada di Rumah Megah.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (7/19)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android