Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 5/19

2024-09-05
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika anda ialah Buddha, ini kerana anda ialah Buddha. Anda makan satu hidangan atau tiga hidangan, anda tetap ialah Buddha. Jadi tak perlu menunjuk-nunjuk sebarang persembahan teater yang murah untuk menarik orang memuja anda. Anda hanya menarik lebih banyak karma buruk kerana berbohong. Anda menipu diri sendiri dan Syurga, malah Tuhan. Berani anda buat begitu? Tuhan tahu akan segala-galanya. Guru anda tahu akan peringkat anda juga, jika anda datang tanya atau menulis dan tanya.

Anda tak perlu membutakan orang untuk mengikut anda. Buat apa? Anda hanya berkata sikit dan orang yang ingin mendapat untung daripada anda memuji, mengampu anda, kemudian anda terjerumus dengan semakin dalam ke dalam perangkap ilusi dan pasti tak dapat pergi ke Syurga. Orang Syurga tidak menipu, tidak berbohong, mendakwa secara palsu bahawa mereka ialah Buddha padahal mereka bukan, kerana mereka tahu. Mereka tahu bahawa Kebenaran sentiasa akan menang.

Jadi ikutlah Kebenaran, bermeditasi, bertaubat, memohon ampun. Saya sendiri memaafkan anda, semua orang yang menipu, khianati saya, mengumpat saya, memfitnah saya, salah tuduh atau menyalahkan saya atas sebarang sebab. Tetapi anda, kononnya anak murid, tak harus buat begitu kerana anda wujudkan terlalu banyak karma buruk untuk diri sendiri. Anda tahu saya orang baik. Saya tidak buat apa-apa yang salah terhadap sesiapa pun. Jadi atas sebab itu saja, saya tidak wajar diperlakukan dengan buruk, hadapi ketidaktaatan atau difitnah.

Saya tidak buat apa-apa yang salah. Mengapa sesiapa harus mudaratkan saya, memerangkap saya secara negatif untuk alami kesusahan atau apa-apa pun? Saya orang yang baik, jujur, bersih, membantu masyarakat. Jika semua orang mengikut ajaran saya, amalkan Quan Yin, Kaedah Cahaya dan Bunyi Syurga dan hanya mematuhi Lima Rukun, masyarakat, seluruh dunia telah menjadi syurga lama dahulu lagi. Saya tidak ajarakan apa-apa yang salah. Saya tidak buat apa-apa yang salah. Meskipun anda tidak percaya bahawa saya seorang Buddha, saya ajarkan segalanya yang baik. Saya buat orang menjadi lebih baik. Saya buat dunia menjadi lebih baik. Saya sentiasa berikan apa yang boleh. Saya tidak menyimpan apa-apa pun. Saya tidak pergi menipu sesiapa pun. Saya tidak bohongi sesiapa pun. Saya tidak curi wang mereka. Saya tidak minta apa-apa pun. Orang macam itu, mana boleh dia jahat? Mana boleh dia buruk kpd masyarakat? Belum kata lagi pergi ke Alam Buddha atau tidak. Meskipun anda tidak percaya bahawa saya dapat bawa anda ke Alam Buddha, beritahulah saya siapa dapat? Boleh anda tunjukkan kpd saya sesiapa yang dapat buat begitu? Boleh anda buktikannya kepada saya?

Sekurang-kurangnya di dunia ini, saya manusia yang terbaik. Saya bantu makhluk lain termasuk orang-haiwan, pokok, hutan… Saya ambil berat, kasihi dan cuba lindungi segala-galanya sebanyak yang boleh. Saya habiskan semua wang, masa, tenaga saya utk ingatkan orang supaya menjadi baik, bayar untuk segalanya yg saya gunakan, bayar untuk Supreme Master Television. Saya langsung tak pernah minta wang daripada anda untuk bantu saya. Anda semua tahu akan itu. Sekarang saya katakan semuanya secara terbuka. Anda semua tahu. Anda tak boleh kata ada apa-apa yang saya buat dengan salah.

Jadi jagalah saja diri anda. Percayai sesiapa saja yang anda nak percayai. Saya tak minta anda percayai saya. Biarkan saja saya buat kerja saya untuk bantu anda, bantu dunia, selamatkan planet ini untuk anda semua. Itu saja yang saya minta. Berilah saja ketenangan kepada saya. Biarlah saya tenang supaya saya dapat buat kerja untuk bantu anda. Anda berterima kasih kepada saya atau tidak, tak mengapa. Tuhan tahu apa yang saya buat. Semua Alam Semesta tahu siapa saya dan apa yang saya buat. Jadi saya tak berapa kisah jika satu atau dua orang, satu atau dua buah negara atau seluruh dunia pun tidak mempercayai saya. Itu tiada bezanya bagi saya. Saya masih terus membuat kerja saya, kerja ghairah saya sendiri, hanya untuk bantu makhluk lain, buat dunia ini jadi tempat yg lebih baik.

Terima kasih kerana dengar. Terima kasih kerana tidak cuba memburukkan nama saya dan menghalang kerja saya. Ini untuk kebaikan anda sendiri, biarkan saya tenang supaya saya dapat buat kerja untuk anda. Sampai tahap tertentu, saya hanyalah hamba anda. Saya bekerja tanpa wang. Saya bekerja siang dan malam, rosakkan kulit, kesihatan, masa muda saya, segala-galanya. Saya tiada waktu tetap untuk makan, tidur. Saya buat segalanya seperti hamba, siang dan malam. Tiada masa untuk berehat, bercuti, apa-apa pun. Jadi meskipun anda tidak bayar kpd saya dan tak berterima kasih kepada saya, sekurangnya biarkan saya saja supaya saya dapat terus bekerja untuk anda di bawah Rahmat Tuhan. Amin.

Buddha ada 10,001 perkara untuk dibuat setiap hari serta jumlah kesusahan dan bahaya yang sama atau berganda untuk dihadapi, kesusahan peribadi dan dunia untuk diuruskan. Itu bukan seseorang yang hanya melabel dirinya dan duduk-duduk saja, tidak buat banyak, hanya mengangankan orang di dunia kasihi mereka, membuat banyak tawaran yang baik kepada mereka supaya mereka dapat hidup mewah, selesa, menghambakan kononnya anak murid lain. Itu dosa terbesar yang boleh anda buat. Jadi berfikirlah tentang itu. Itu tidak buat perbezaan kepada Buddha sebenar. Itu hanya akan buat perbezaan besar kepada anda sendiri. Sesiapa yang memudaratkan atau memfitnah Buddha secara sedar atau tak sedar, sengaja atau tak tahu, semuanya akan ada balasan buruk sekali yang menanti mereka. Jadi berfikirlah tentang itu. Tolonglah. Jadi jangan cuba. Jangan cuba mendakwakan sesuatu yang anda bukan. Seluruh Alam Semesta lihat anda! Semua Buddha tahu akan anda. Semua Santo dan Orang Suci mengenal pasti anda, dan Tuhan Yang Maha Berkuasa tahu Siapa yang diutus-Nya untuk menjadi Wakil-Nya dan siapa bukan.

Pada waktu penyingkiran di dunia ini, hanya satu Buddha dapat bantu dunia ini, satu Penyelamat dapat bantu menyelamatkan dunia ini – meminimumkan bencana atau akan menghilangkannya dari tahun 20… hanya kata 2024 kerana tahun-tahun yang lain sudah berlalu. Tahun-tahun lain masih ada banyak amaran untuk kita, banyak bencana, wabak, segala jenis malapetaka untuk beri amaran kpd manusia dan juga singkirkan anasir buruk yang hidup di planet ini dalam bentuk manusia tetapi kadangkala bukan kerana tak berkelakuan sebagaimana yang sepatutnya manusia buat atau jadi.

Manusia ialah anak Tuhan. Jika mana-mana daripada mereka tak berkelakuan seperti anak Tuhan, maka mereka akan disingkirkan. Tetapi Tuhan masih hantar banyak Guru ke bawah sini untuk bantu anda. Bukanlah Tuhan biarkan anda turun ke sini dan tinggalkan anda, bukan macam itu. Kita manusialah yang meninggalkan Tuhan, jadi jauh dari Kuasa Pelindung, dari Kuasa Berkat, dan dihukum tanpa penghujungnya dalam hayat ini dan seterusnya – di neraka. Saya tidak mahu semua ini berlaku. Saya menitiskan air mata dalam dekad-dekad ini sebab semua ini.

Tapi saya tak pernah berhenti bekerja untuk anda. Anda masih ada saya untuk bergantung, bersandar, jika anda mengikut jalan saya, kerana saya tak dapat bantu anda jika anda berjalan ke arah lain. Saya tiada kuasa untuk hentikan anda kerana anda sendiri ialah anak Tuhan juga. Anda sendiri berhak untuk memutuskan apa yang anda nak buat. Itu hidup anda. Kami semua hormati itu. Tetapi jika anda memilih untuk hancurkan ketenangan, kegembiraan dan kebijaksanaan anda, maka kami tak dapat buat apa-apa. Kami buat banyak, saya dan Pekerja Syurga. Saya salah seorang Pekerja Syurga di bawah Rahmat Tuhan.

Banyak ramalan tentang planet kita drpd orang-orang baik hati, lemah lembut dan bijak yang berlainan di seluruh dunia telah meramalkan bahawa tempoh hidup kita ini akan genting. Kita boleh majukan atau hancurkannya. Saya memang berharap anda boleh majukannya bersama saya. Anda boleh bergantung pada saya tapi anda perlu berjalan bersama saya! Dulu saya malu-malu. Saya tak kata terlalu banyak, tetapi sekarang saya rasa lebih berkuasa, jadi boleh beritahu anda siapa saya. Dah tentu, keberatan pada mulanya, tetapi sekarang saya tiada masa untuk main sorok-sorok dengan anda. Anda mesti keluar, jalan bersama saya. Saya mesti keluar untuk tunjukkan kepada anda di mana saya berjalan. Walaupun saya juga tunjukkan kpd anda separuh jalan untuk diikuti, namun anda masih tak memahaminya, banyak daripada anda. Sebilangan besar daripada anda tak dapat mengejar. Percayailah saya. Saya dah beritahu anda, anda tak perlu mengikut saya. Anda tak perlu buat apa-apa pun. Hanya bertaubat, memohon ampun kepada Tuhan, kembali kepada Diri asal anda yang baik hati, pemurah, baik terhadap semua makhluk dari manusia ke tumbuhan. Di mana-mana anda boleh, elak daripada memudaratkan mereka dengan apa cara sekalipun, maka anda akan baik-baik saja. Itu saja yang perlu anda buat untuk menyelamatkan diri.

Saya mahu anda hidup di planet ini jika anda mahu teruskan macam itu, dan apa salahnya? Cuma anda tak boleh musnahkan kediaman anda sementara anda tinggal di dalamnya. Cara anda jalani kehidupan anda, memudaratkan makhluk hidup seperti orang-haiwan, pokok besar dan segala jenis perkara yg anda buat… mengambil dadah, arak dan rokok… Dgn jalani kehidupan yg amat tidak baik, anda menurunkan Kuasa sendiri yang diberikan oleh Tuhan kepada anda. Setiap manusia ada sejumlah Kuasa, bukan hanya untuk hidup tetapi untuk mencipta, membuat keajaiban. Banyak orang buat begitu. Sesetengah ahli sains dihantar dari Syurga yang lebih tinggi untuk membantu anda juga tapi mereka tak mudaratkan makhluk lain Jadi kita tak harus. Jika kita tak nak alami mudarat, kita tak harus mudaratkan sesiapa pun, apa-apa pun; mana-mana orang-haiwan, mana-mana makhluk hidup, serangga kecil pun.

Orang, manusia yang nak mengikut Buddha, nak menjadi Santo, atau sekurang-kurangnya mendapat pembebasan dengan bermakrifat daripada kitaran lahir dan mati ini, mereka perlu elak drpd memudaratkan makhluk lain dengan sebarang cara jika mereka nak pergi ke Syurga. Tetapi itu bukan permintaan yang besar. Seperti jika anda amalkan cara meditasi Quan Yin dengan saya, ini bukan permintaan yang besar, hanya minta anda menjadi vegan dan bermeditasi dengan satu persepuluh daripada masa anda setiap hari. Itu zakat. Tuhan tidak maksudkan wang saja. Zakat bukanlah sumbangan wang saja. Itu sumbangan masa anda supaya anda dapat terus menampung diri di dunia yang begitu menyusahkan, supaya anda dapat imbangi hidup anda dan tidak terjerumus, supaya anda dapat pulang ke Rumah sebenar di Syurga selepas anda selesaikan tugas atau misi dalam hidup ini, atau hanya untuk seronok mengalami hidup di dunia ini. Anda perlu mematuhi peraturan agar dapat hidup dengan baik di sini dan pulang ke Rumah selepas itu.

Photo Caption: Daripada Sumber Ciptaan Tuhan Cantik di Dalam dan di Luar!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/19)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android